Cuti Sekolah 2026 Malaysia
Cuti sekolah 2026 Malaysia mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan kerajaan bagi Kumpulan A dan Kumpulan B adalah seperti yang dinyatakan di bawah. Tarikh-tarikh ini adalah tarikh rasmi dan tertakluk kepada perubahan, jadi pastikan anda menyemak kalendar cuti sekolah dari semasa ke semasa di halaman ini. Kami akan mengemas kini tarikh cuti ini sekiranya terdapat sebarang pengumuman daripada pihak KPM.
Semua sekolah di Malaysia dibahagikan kepada dua kumpulan berdasarkan negeri masing-masing. Kumpulan A terdiri daripada sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala Kumpulan B terdiri daripada sekolah di negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.
Cuti Sekolah bagi Sesi Akademik 2026 (Kumpulan A)
Berikut ialah kalendar sekolah Kumpulan A bagi sesi akademik 2026 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Kumpulan A terdiri daripada semua sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu.
| Kalendar Sekolah | Mula | Tamat | Bilangan Hari |
|---|---|---|---|
Tarikh Mula Sekolah | 11 Jan, 2026 Ahad | — | — |
Cuti Penggal 1 | 20 Mac, 2026 Jumaat | 28 Mac, 2026 Sabtu | 9 |
Cuti Pertengahan Tahun | 22 Mei, 2026 Jumaat | 6 Jun, 2026 Sabtu | 16 |
Cuti Penggal 2 | 28 Ogos, 2026 Jumaat | 5 Sep, 2026 Sabtu | 9 |
Cuti Akhir Tahun Sekolah | 4 Dis, 2026 Jumaat | 31 Dis, 2026 Khamis | 28 |

Cuti Sekolah bagi Sesi Akademik 2026 (Kumpulan B)
Kumpulan B terdiri daripada semua sekolah di negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.
| Kalendar Sekolah | Mula | Tamat | Bilangan Hari |
|---|---|---|---|
Tarikh Mula Sekolah | 12 Jan, 2026 Isnin | — | — |
Cuti Penggal 1 | 21 Mac, 2026 Sabtu | 29 Mac, 2026 Ahad | 9 |
Cuti Pertengahan Tahun | 23 Mei, 2026 Sabtu | 7 Jun, 2026 Ahad | 16 |
Cuti Penggal 2 | 29 Ogos, 2026 Sabtu | 6 Sep, 2026 Ahad | 9 |
Cuti Akhir Tahun Sekolah | 5 Dis, 2026 Sabtu | 31 Dis, 2026 Khamis | 27 |

